Kupas Topik Kehamilan, Fad & Sya Pengacara Rancangan Pa & Ma Musim Ke-4
Kamaruddin Razal
12/03/2019 16:00 MYT
12/03/2019 16:00 MYT
Rancangan Pa & Ma yang bersiaran di Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121) kini kembali dengan musim ke-4 dan berwajah baru dengan menampilkan pelawak terkenal, Fad Bocey dan isterinya Syaheera sebagai pengacara.
Bagi musim keempat, rancangan Pa & Ma mengupas topik-topik kehamilan dari trimester pertama hingga ketiga dan berkongsi pandangan bersama pakar, komuniti dan kumpulan sokongan dan menjawab pelbagai isu yang menjadi tanda tanya bakal ibu bapa.
Menurut Editor Pa & Ma, Hasnita Sawal, Pa & Ma musim terbaru tampil dengan tema jurnal kehamilan wanita sebelum bergelar ibu.
"Bermula daripada peringkat merancang kehamilan hinggalah memasuki trimester pertama hingga ketiga, program musim ini mesti ditonton oleh pasangan suami isteri yang baru pertama kali hendak bergelar ibu bapa.
"Selain menampilkan Fad dan Syaheera, kupasan terperinci daripada doktor pakar obstetrik dan ginekologi berpengalaman dan terkenal sudah pasti memberikan info dan penjelasan kepada permasalahan yang banyak berlaku pada ibu hamil,” kata Hasnita.
Sementara itu, menurut Syaheera, gandingan mereka kali ini diharapkan memberi satu momentum baru untuk program yang memasuki musim baru ini.
“Walaupun saya tiada pengalaman, saya rasa sangat teruja apabila mendapat tawaran ini. Memandangkan Fad biasa jadi pengacara, saya banyak belajar melalui dia untuk memberi yang terbaik kepada penonton.
“Kami juga banyak merujuk kepada pengacara musim sebelum ini untuk melihat cara penyampaian mereka,” jelasnya.
Syaheera turut berkongsi mengapa penonton harus menonton musim terbaru rancangan ini kerana inputnya sangat banyak dan boleh dijadikan panduan untuk bakal ibu, ibu yang sudah mempunyai anak kerana setiap pengalaman hamil adalah berbeza.
“Perkongsian pakar juga sangat membantu bagi menjawab setiap persoalan,” ujarnya.
Terdahulu rancangan ini telah mula bersiaran sejak Jun tahun lalu dengan musim pertama dikendalikan oleh Azad Jazmin dan Eira Syazira, musim kedua Ijoy dan Shiera dan musim ketiga Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.