Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Kurang 48 Jam Tular Motor Dicuri, Permaisuri Selangor Belikan Motosikal Baru Untuk Rider Wanita Ini

ZULHILMI JALIL 07/11/2020 | 06:40 MYT
Kisah seorang penghantar makanan, Nur Athirah Abdul Latif yang kehilangan motosikalnya akibat dicuri ketika sedang bekerja mendapat perhatian DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Kesedihan wanita tersebut yang buntu memikirkan nasib dirinya selepas satu-satunya kenderaan yang menjadi punca rezekinya itu berakhir apabila Tengku Permaisuri Selangor berkenaan menghadiahkannya sebuah motosikal baharu semalam.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Royal Selangor Official, Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah.
Baginda berharap dengan sumbangan tersebut, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.
Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

6 November 2020 ~ DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor. Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah. Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz. Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa. DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga. Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain. Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial) on

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.
Sementara itu, menerusi satu entri di Twitter, Nur Athirah turut meluahkan rasa syukur dengan pemberian daripada Tengku Permaisuri Selangor.
"Daulat Tuanku, Alhamdulillah. Terima kasih, syukur Alhamdulillah," tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Kelmarin, kisah Nur Athirah yang kehilangan motosikalnya di sebuah pasar raya di Gombak, Selangor mencuri tumpuan netizen.
Hantaran di Twitter mengenai kisahnya itu menerima lebih 25,000 kali ulang kicau dalam kalangan netizen.
BACA: “Ya Allah Macam Mana Dia Nak Kerja Cari Duit?” - Luluh Hati Netizen Apabila Motosikal Wanita Ini Dicuri Ketika...
Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
#Permaisuri #Motosikal #Rider
;