Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kurang Ambil Tawaran Kerja Sebab Fokus Isteri & Anak - Fahrin Ahmad

Kamaruddin Razal
27/03/2017 08:29 MYT
Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad kurang mengambil tawaran lakonan dan pengacaraan sekitar tahun lalu kerana mahu memberikan fokus terhadap isteri dan anaknya.

"Saya tidaklah menyepi sangat pun, saya cuma kurang ambil tawaran sekitar bulan Jun tahun lalu sehingga hujung tahun. Ketika itu, isteri saya baru melahirkan anak.

"Saya mahu memberikan lebib fokus kepada isteri dan anak sulung saya. Saya uruskan dahulu apa yang perlu dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seoramg suami dan ayah," kat Fahrin kepada Astro Gempak.

Tambah Fahrin, dia juga kini sudah mula rindu untuk berjumpa dengan anak jika dirinya terlibat dengan sesuatu tawaran yang melibatkan jangka masa yang lama.

"Anak saya sedang membesar. Kalau boleh, saya tidak mahu terlepas saat-saat menarik dia membesar dan berkembang.

"Perubahan saya selepas bergelar bapa adalah saya sendiri mula rasa rindu kalau berada di luar pada masa yang lama. Saya sangat beruntung kerana isteri saya menjaga anak sendiri. Jika saya rindu, isteri saya akan mengirimkan gambar atau video anak kepada saya menerusi WhatsApp," katanya lagi.

Fahrin dan isterinya, Elena Eleas mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Khalifa Fahrel pada 29 September 2016.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Fahrin Ahmad #Elena Eleas
;