ZON LAWAK
“Kurang Enam Minggu Lagi, Excited Betul” – Angah Raja Lawak Tak Sabar Tunggu Baby
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak akui teruja dan tidak sabar menantikan detik kelahiran anak sulungnya.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Angah menyatakan rasa syukur dan berharap agar segala urusan bersalin isterinya, Amira Asyura Abd Razak dipermudahkan.
“Alhmdulillah sekarang bertiga, lebih kurang enam minggu lagi berempat dah. Yang penting mami tetap maintain.
“Excited betul nak dapat baby baru ni, doakan semoga semuanya dipermudahkan… Aminn #tahunnirayaberempat #babyA #RezekiAllah,” tulisnya.

Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Angah dikurniakan seorang anak perempuan, Nurrina Fassha, 15.
Foto: Instagram @angah_lawaking