Kurang Faham Maksud Kontak Rapat?  Penjelasan Dr Noor Hisham Ini Boleh Membantu Anda!

Asraf Aided
Januari 14, 2021 06:00 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan kepentingan menjalankan pengesanan kontak rapat kepada golongan yang terdedah kepada kes positif COVID-19.
Menurut beliau, langkah tersebut adalah sangat penting untuk mengekang penularan wabak berkenaan secepat mungkin.
"Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 untuk membendung jangkitan dengan segera," tulis beliau menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.
Dalam pada itu, Noor Hisham turut menerangkan definisi kontak rapat secara saintifik.
"Kontak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit," jelasnya.

Adalah amat penting utk menjalankan pengesanan kontak rapat kpd mereka yg terdedah kpd kes positif Covid-19 utk membendung jangkitan dgn segera. Kontrak rapat adalah mereka yg terdedah kpd kes positif kurang drp jarak satu meter & melebihi 15 minshttps://t.co/liwztX1QiS

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kes COVID-19 di Malaysia telah mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 144,518 diikuti rekod kematian keseluruhan sebanyak 563 dan jumlah sembuh keseluruhan sebanyak 111,578 setakat Rabu, 13 Januari 2021.
#Dr Noor Hisham #Kontak Rapat #DG Hisham