Minggu duet 'Double Special' menyaksikan bintang Rozita Izlyn meninggalkan pentas Gegar Vaganza (GV) 7 sekaligus menamatkan perjuangan memburu gelaran juara musim ini.

Hanya 9 nama bintang yang diumum hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada segmen Ada Lagu Ada Lagi ketika siaran langsung malam tadi (Ahad).

Rozita yang memperoleh markah sebanyak 57.40% ketika namanya diumumkan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Dalam pada itu Rozita berkata, kesihatannya pada minggu ini juga tidak mengizinkan dan reda perjalanan terhenti di minggu keenam.

[[BACA: Badi Menyanyi Lagu Sendiri di GV, Risiko Tersingkir? Ini Jawapan Padu Rozita Izlyn!]]

Markah diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Awie dan juara GV4, Aishah.

Ini markah penuh semua bintang pada minggu duet bertemakan 'Double Special':
Secara automatik Noraniza Idris yang berada di tangga pertama, menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.

Di awal rancangan, Cliff Umar diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi yang mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu lalu.

Rozita Izlyn menjadi penerima Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu ini selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di laman sosial Twitter sepanjang siaran langsung.

Minggu ini Farm Fresh dan Astro berkongsi rezeki dengan penyanyi popular 70an Azman Idris yang merupakan pesakit kanser prostat tahap empat dan mempunyai masalah buah pinggang.

Menerusi segmen Kongsi Rezeki, penyanyi lagu Zuraida itu menerima sumbangan RM10,000 daripada Farm Fresh dan Astro.

Minggu ketujuh GV7 bertemakan 'Take Over', para bintang diberi tugasan vice versa iaitu penyanyi senior menyanyikan lagu BBNU dan sebaliknya.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.