Hiburan
Kurang Upaya Namun Kacak, Ini 5 Jejaka Paralimpik Paling Mencuri Tumpuan
Sudah la berbakat, kacak pula. Biarpun mereka kurang upaya, siapa sangka atlet paralimpik ini mempunyai paras wajah yang menjadi tumpuan.
Gempak senaraikan lima atlet paralimpik yang bukan sahaja membuatkan anda tersenyum dengan kejayaan yang diraih, malah turut terpaku dengan wajah kacak mereka.
1. Abdul Latif Romly
Pemuda yang berasal dari Perlis ini mencipta sejarah negara apabila memecahkan tiga rekod dalam masa satu hari dan berjaya memenangi pingat emas ketiga pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil dalam acara lompat jauh.
Latif mengalami masalah pembelajaran terpilih sebagai ahli sukan terbaik tahun 2016 dan merupakan atlet kurang upaya pertama yang menerima anugerah tersebut.
2. Anas Zul Amirul
Mula berenang sejak berusia 5 tahun, Anas Zul Amirul menjejaki langkah yang sama seperti bapanya, Zul Amirul Sidi Abdullah yang merupakan seorang atlet renang.
Anas mengalami masalah pembelajaran menghadiahkan emas acara 100 meter gaya bebas S14 (masalah pembelajaran) lelaki dan juga mencipta rekod temasya dengan masa 59.79 saat pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.
3. Muhammad Afiq Afify Rizan
Walaupun cacat penglihatan, atlet berbasikal berusia 24 tahun ini cemerlang memenangi tiga pingat emas pada suka ASEAN Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Pemuda yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan ini baru sahaja melibatkan diri dalam sukar berbasikal kurang dari lima tahun.
4. Shukor Farhan Suliman
Kehilangan kaki tidak menghalang atlet berusia 24 tahun ini mengharumkan nama negara.
Tawaran yang diterima daripada Majlis Sukan Negara untuk mewakili negara dalam sukan berbasikal membuahkan hasil apabila Shukor berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 3km kejar-mengejar individu campuran.
5. Asri Arshad
Hilang penglihatan sejak lahir, minat terhadap sukan bola sepak sedikit pun tidak menghalang minat Asri untuk bergelar atlet.
Berusia 25 tahun, Asri merupakan pasukan bola sepak paralimpik negara yang bakal berentap di ASEAN Para Games Filipina pada Mac 2020.
Selain bersukan, Asri turut membuat penampilan dalam sebuah dokumentari Eye on The Ball yang menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan bertekad untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak professional di pawagam tempatan bermula 19 Mac 2020.
Must-Watch Video