Gaya Hidup

Kurangkan Mengambilan Garam Dalam Makanan. Ini 6 Tips Yang Boleh Anda Ikuti

gempak
Badrul Hashim
01/07/2020
12:54 MYT
Sponsor Banner
Kurangkan Mengambilan Garam Dalam Makanan. Ini 6 Tips Yang Boleh Anda Ikuti
Pengambilan garam yang diletakkan di dalam makanan sebagai penambah rasa sememangnya bukan sahaja berlaku di negara kita, tapi di seluruh dunia.
Namun pengambilan yang berlebihan dalam tempoh jangka masa tertentu boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, gaut, serta penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melalui kempen 'Sedap Tak Semestinya Masin' mencadangkan 6 tips untuk mengurangkan garam semasa memasak, tetapi pada masa yang sama memberikan lebih khasiat kepada kita.
1. Rempah Dan Perencah Asli
Banyakkan penggunaan rempah dan perencah asli dalam masakan seperti jus limau, lengkuas, serai, bawang putih, daun pandan dan rempah ratus. Perencah dan rempah asli ini akan menambah perasa yang lebih enak tanpa perlu menambah garam yang banyak di dalam masakan.
2. Kurangkan Kicap
Apabila anda sudah menggunakan garam di dalam masakan, gunakanlah kicap atau sos lainnya dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda ingin memasak masakan contohnya seperti masak kicap, kurangkan atau jangan masukkan langsung garam ke dalam masakan tersebut.
3. Bahan Semula Jadi
perbanyakkan bahan semula jadi seperti sayur-sayuran dan bahan segar di dalam masakan anda. Apabila menggunakan bahan semula jadi dan bukan yang diproses, jumlah garam di dalam bahan tersebut akan menambahkan lagi kelazatan masakan anda.
4. Tambah Garam Di Akhir Masakan
Jangan masukkan garam terlalu awal di dalam masakan dan jika anda ingin merasakan masakan anda, tunggu ianya tidak terlalu panas. Ketika masakan panas, rasa masin tidak begitu ketara. Lebih bagus jika anda menambah garam apabila api ditutup. Rasa masin akan lebih ketara dalam makanan yang kurang panas.
5. Masakan Berkuah
Utamakan masakan berkuah atau bersup kerana rasa masin akan lebih ketara dalam masakan berkuah berbanding dengan masakan yang digoreng.
6. Rendam Bahan Kering
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan bahan-bahan kering seperti ikan bilis, ikan kering dan udang kering sebagai penambah perisa di dalam makanan ataupun dimasak sebagai lauk. Pastikan anda merendam bahan kering tersebut terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan garam.
Ini adalah masa yang terbaik untuk menukar cara pemakanan kita dan membiasakan diri dengan kehidupan yang lebih sihat.
Tidak perlu terburu-buru dan anda boleh memulakannya sedikit demi sedikit. Cara hidup yang sihat dapat membantu kita bersama keluarga lebih lama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live