"Kursus Je" - Uqasha Senrose Terlepas Mengaku Pergi Kursus Kahwin Dengan Kamal Adli?

Badrul Hashim
Oktober 20, 2020 12:30 MYT
Video-video yang dikongsikan oleh pengarah dan pelakon Michael Ang di Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya ramai sama ada Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah menghadiri kursus kahwin.
Dalam satu entri yang mengandungi empat video pendek, Michael atau nama mesranya Mike bertanyakan soalan tersebut kepada Kamal dan Uqasha.
"Kamal Adli n Uqasha Senrose pergi kursus kahwin kat kuantan! Kau orang rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR!
"Kau orang rasa mana satu? Yang pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat gimmick2 macam ni!" tulis Mike sebagai kapsyen entri tersebut.
Walaupun diasak oleh Mike, namun kedua-duanya langsung tidak memberikan jawapan kepada soalan Mike itu.
"Kita orang pergi khusus khidmat negara je," seloroh Kamal Adli menjawap soalan Mike di dalam video tersebut.
Kemudiannya Mike memuat naik satu lagi video pendek yang meminta mereka bersumpah sama ada mereka benar-benar mengikuti kursus kahwin atau tidak.
"Salam semua. Ok ni video yang akan menjawab sama ada @uqashasenrose2 n @kamaladli pergi krusus kahwin to gimmick or TRUE STORY!
"U all jadi la juri sama Ada menipu atau telling u all the truth! Apa apa pun 10pm nanti Jgn Lupa tonton #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD and then komen ep 9 kat sini ok! Luv u all n stay safe!" tulis Mike sebagai kapsyen video seterusnya itu.
Yang menjadi tanda tanya apabila Uqasha secara tidak sengaja mengiyakannya.
"Kursus je," jawap Uqasha setelah diasak terus menerus oleh Mike.
Gempak cuba menghubungi Uqasha tetapi diberitahu oleh pembantu peribadinya, dia sedang menjalani penggambaran.
Rata-rata peminat turut mendoakan agar kedua mereka bertemu jodoh.
Kamal Adli dan Uqasha Senrose pernah dikatakan mempunyai hubungan intim ketika sama-sama berlakon dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, juga di bawah arahan Michael Ang.
Tonton drama Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).
Strim Perempuan Tanpa Dosa menerusi Saluran 104, aplikasi Astro GO atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di http://onelink.to/freeastrogoapp
#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Kamal Adli #Kursus Kahwin