Seorang bayi lelaki, Spencer Elden yang wajah dan aksinya dalam kolam renang dijadikan cover album berjudul Nevermind dari Nirvana mengeluarkan saman terhadap grup legenda itu.

Elden yang kini berusia 30 tahun mendakwa tidak pernah menandatangani sebarang kontrak sewaktu aksinya dalam kolam renang dirakamkan.

Dakwa Elden lagi, saman yang dikeluarkan kepada grup tersebut juga adalah kerana menggunakan foto dirinya berbogel sewaktu berusia empat bulan yang disifatkan sebagai satu eksploitasi seks.

Selain itu, peguam Elden juga mendakwa foto wang yang digunakan dalam cover album tersebut menjalani teknik superimposed dan sama sekali tidak diketahui oleh anak guamnya, lapor BBC.com.

"Imej itu mendedahkan bahagian sulit Elden sejak dari kecil lagi," kata surat saman yang dikeluarkan di California.

Padahal, foto kanak kanak disifatkan bukan bersifat pornografi dalam undang undang di Amerika Syarikat.

Namun, peguam Elden, Robert Y. Lewis, mempertahankan foto duit yang menjalani teknik superimposed selepas potret sebenar dirakamkan memberi indikasi seperti kliennya sebagai seorang pekerja seks.

Elden juga menegaskan identiti sebenar dan namanya sudah dipergunakan secara global sejak dulu sehingga dia perlu menanggung 'kerosakan' seperti gangguan emosi untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.

Justeru, dia meminta ganti rugi sehingga RM630,000 atau $150,000 dari 15 orang setiap seorang dengan menamakan anggota Nirvana yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic; pengurus Kurt Cobain; bekas isteri Cobain, Courtney Love dan jurugambar Kirk Weddle.

Sebelum mengeluarkan saman kepada grup yang kehilangan vokalisnya, Kurt Cobain kerana bunuh diri itu, Elden sempat membuat beberapa kali foto dengan aksi sama sewaktu usia remaja dan dewasa ; dengan memakai seluar renang demi memperingati ulang tahun album Nevermind ke 10, 20 dan 25 tahun.



Nevermind yang mengandungi hit dari grup tersebut seperti Smells Like Teen Spirit, Come As You Are dan Lithium telah terjual sebanyak 30 juta unit di seluruh dunia.

Terdahulu, dalam satu temubual, bapa Elden pernah memberitahu foto anaknya dirakamkan sewaktu dia hadir ke sebuah parti rakan tanpa mengetahui tujuan sebenar ia diambil.

Dia membenarkan foto tersebut dirakam selepas dibayar sebanyak RM840 (USD200) sebelum menyedari ia menjadi fenomena selepas album tersebut meledak di pasaran pada tahun 1991.

Kredit Foto: BBC.com