Pelakon Siti Elizad menbidas netizen yang dianggap biadap apabila menghina bentuk badannya.

Elizad meluahkan rasa marahnya dengan menulis satu status dan memuat naik ‘screenshot’ profile orang yang telah melakukan perkara tersebut di Twitter miliknya baru-baru ini.

Kata Elizad kata-kata hinaan itu tidak boleh dimaafkan apabila ia turut melibatkan keluarganya.

“Nak hina benda lain saya ok lagi? Cuma jangan sentuh bab family & fizikal saya je hokay.

“Kurus macam papan pun kejadian Allah yang bagi. Mulut makcik cantekk naw ke?

“Okay lah bagi can nak famous kerana mulut awak yang menghina saya tu?” tulisnya.

Dalam pada itu, peminatnya juga turut menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh netizen tersebut.

“Ya Allah tak phm manusia. Kurus kau mengata gemuk kau mengata. Tak paham orang macam ni. Nak apa sebenarnya. Tu kan ketentuan,” tulis @yramoratta

“Orang yang dengki je biasanya buat kerja macam ni. Dok tengok buruk orang je pandai. Buruk sendri pon tak nampak. Dah badan tak macam kak Ejad, jeleslah tu,” coret Nur Zahiera.

Foto: Instagram/Twitter @elizadsharifuddin