Hiburan
“Kus Semangat, Bulatnya! “ - Baru Tiga Bulan, Ramai Puji Kecomelan Anak Jamal Abdillah
Raja pop Datuk Jamal Abdillah berkongsi wajah permata hatinya yang kini berusia tiga bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, Isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khairuddin, 25, memuat naik beberapa foto puterinya yang sangat comel.
“Dah tiga bulan dah #nurazurayamani. Alhamdulillah syukur. Semoga membesar dengan sihat ye yayang momi,” tulis Zai sebagai kapsyen.
Baru berusia tiga bulan, Nur Azura mencuri perhatian dengan bentuk mata yang bulat, rambut yang lebat serta badan yang bersemangat.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah comel Nur Azura Yamani yang dikatakan mirip abang-abangnya.
“Alhamdulillah, sihat dia. Macam abang Osama,” tulis seorang wargamaya.
“Allahu pipi montel dia rasa nak gigit, comel!” puji seorang wargamaya.
“Geramnya puteri kesayangan datuk dan datin. Comel muka, bulat mata,” kata seorang wargamaya.
“Comelnya, teringin jugak nak baby girl comel macam Azura ni, gebu!” komen seorang wargamaya lagi.
Jamal, 60, mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati pada 1 April 2017.
Melalui perkahwinan lalu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.