Hiburan
Kyla Pristin Dihina & Diboikot Peminat Sendiri Kerana Gemuk
Anggota kumpulan Pristin, Kyla telah dihina dan diboikot kerana gemuk.
Lebih menyedihkan apabila peminat bertindak mendiamkan diri ketika tiba giliran Kyla menyanyi ketika membuat bersama ahli kumpulannya dalam sebuah program muzik baru-baru ini.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut mempersendakan Kyla dan melabelnya sebagai perempuan gemuk di media sosial.
Foto-foto Kyla juga turut dijadikan sebagai bahan jenaka.
Bagaimanapun, bukan semua yang bersetuju dengan hinaan yang diberikan netizen kepada Kyla.
"Bagaimana anda boleh melabelkan diri anda sebagai peminat Pristin jika tidak boleh menerima kekurangan idola anda? Memalukan!" - NunA.V
"Dia baru berusia 15 tahun dan dia sedang membesar, jangan kacau dia! 15 tahun adalah umur yang masih terlalu muda untuk memikirkan tentang diet," - ShenShen
Sumber: Koreaboo / twitter
Must-Watch Video