,
Laman Utama

Kylie Jenner Bengang Dikutuk Beri Derma Hanya RM20,000: "Saya Kena Jelaskan..."

Maliah Surip
24/03/2021
06:20 MYT
Beberapa hari lalu Kylie Jenner ada melakukan kerja amal dengan menderma kepada seorang jurusolek yang memerlukan sejumlah wang untuk menampung kos rawatannya.
Jenner diketahui telah menyumbangkan sebanyak $5,000 atau RM20,000 kepada jurusolek yang dikenali sebagai Samuel Rauda. Rauda yang mengalami kemalangan dan telah menjalani pembedahan itu didakwa sebagai salah seorang jurusolek yang berkhidmat buat Jenner.
Sebaik mengetahui Rauda memerlukan dana, selain menderma sebanyak RM20,000, Jenner juga meminta 222 juta pengikut di Instagramnya untuk membantu memberi sumbangan kepada Rauda melalui GoFundMe.
Malangnya, tindakan Jenner menderma sebanyak RM20,000 dan mengajak pengikutnya memberi sumbangan dikritik.
Sebagai seorang mogul kosmetik yang diiktiraf antara 60 wanita terkaya di dunia oleh Forbes, Jenner dikatakan sebagai seorang yang kedekut kerana jumlah wang yang didermakan terlalu sikit buatnya.
Bengang dengan reaksi negatif yang diterima, Jenner memberi penjelasan yang ditulis di Insta Storynya baru baru ini.
Ibu satu anak ini menjelaskan mengapa dia hanya menyumbangkan RM20,000 dan mempertahankan tindakan yang dibuat.
"Saya rasa sangat penting untuk memperbetulkan tanggapan salah yang telah dibuat oleh banyak peminat saya mengenai kemampuan saya membayar rawatan hospital jurusolek tersebut.
"Rauda bukan jurusolek saya, kami hanya pernah bekerja beberapa tahun lalu dan tidak mempunyai hubungan peribadi selepas itu.
"Namun saya melihat beberapa rakan jurusolek dan teman memuat naik tentang keadaan Rauda yang kemalangan dan memerlukan bantuan.
"Mereka mahu mengumpulkan sebanyak RM45,000 dan kekurangan RM20,000. Jadi saya berikan RM20,000 untuk mencukupkan dana yang diperlukan," jelas Jenner panjang lebar seperti disiarkan CNN.
Jenner kemudian menjelaskan, tujuan dia mengajak pengikut di Instagramnya ikut menderma adalah untuk meningkatkan kesedaran agar semua saling membantu.
"Saya sudah melengkapkan sasaran mereka dan saya sebarkan di media sosial hanya untuk menarik lebih banyak kesedaran jika ada yang mahu menderma," katanya lagi.
Adik Kim Kardashian itu kemudian menjelaskan bagi yang mengenalinya, mereka tahu dia selalu membantu dari hati dan akan mencuba yang terbaik untuk menolong orang lain.
"Tolonglah berfikiran positif dan mendoakan Rauda kembali pulih," akhiri Jenner.
Instagram: @kyliejenner
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hollywood

Mengaku Diri Bersih, Kekasih Selena Gomez Tidak Mandi Setiap Hari

gempak
20/11/2024
13:50 MYT
Benny Blanco baru dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2024 oleh majalah People.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar