Hollywood
Kylie Jenner Bilionair Termuda, Pecah Rekod Mark Zuckerberg
Model dan personaliti TV, Kylie Jenner kini dinobatkan sebagai Wanita Terkaya di Amerika Syarikat oleh Forbes.
Kylie Jenner memiliki empayar sendiri iaitu Kylie Cosmetics, sebuah aplikasi telefon pintar, jenama pakaian dan kesemuanya itu bernilai $900 juta (RM363 billion).
Kylie yang mempunyai 110 juta pengikut laman social Instagram (IG) itu baru tiga tahun sahaja membina empayar perniagaannya.
Forbes meramalkan jika Kylie mengekalkan jenamanya untuk satu tahun lagi, dia akan menjadi billionaire termuda dalam sejarah, mengatasi pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi billionaire di usia 23 tahun.
Menurut Forbes, $800 juta dari kekayaannya datang dari hasil Kylie Cosmetics, yang dimiliki 100 peratus dan terus mempromosikan di Snapchat dan Instagram secara langsung.
Menerusi kemaskini IG miliknya, Kylie turut terkejut dan berterima kasih kepada Forbes atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
Sumber: Forbes/ IG Kylie Jenner
Must-Watch Video