Kylie Jenner Miliki Tiga Kereta Rolls-Royce Pada Usia 21 Tahun

Asraf Aided
Julai 4, 2019 09:37 MYT
Usahawan dan personaliti Hollywood, Kylie Jenner, 21, telah membeli sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce baru-baru ini.
Memetik laporan HollywoodLife, kenderaan itu merupakan kereta Roll-Royce ketiga yang dimiliki pemilik empayar Kylie Cosmetics ini.
"My new baby home safe," tulis Kylie di ruangan Instagram Story miliknya beberapa hari lalu.
Tahun lalu, Kylie telah membeli Rolls-Royce berwarna biru, dan kali ini dia memilih rekaan yang agak klasik dengan memilih model Rolls-Royce Phantom.
Kylie telah mula mengumpul koleksi kereta mewah sejak belum bergelar 'billionaire', antara koleksi kereta yang telah dimilikinya adalah Mercedes G-Wagon, Land Rover SV Autobiography Edition, Lamborghini Aventador, Range Rover dan dua buah kereta Ferrari Spiders.
Sumber : HollywoodLife
#Kylie Jenner