,
Laman Utama

Kylie Jenner, Travis Scott Tak Sedar 8 Peminat Maut Dalam Tragedi Berasak Di Konsert Festival Astroworld

Amri Hassan
08/11/2021
05:40 MYT
Selebriti Hollywood Kylie Jenner akhirnya tampil bersuara berhubung tragedi di konsert festival Astroworld di Houston, Texas, Amerika Syarikat hujung minggu lalu.
BACA: Travis Scott Trending Di Twitter, 8 Terkorban Ketika Persembahannya Di Festival Astroworld
Insiden yang menyebabkan lapan kematian dengan mangsa termuda berusia 14 tahun itu dikritik apabila penganjurnya, Travis Scott didakwa tidak menghentikan konsert sebaik saja kejadian berlaku.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan lapan orang meninggal dunia dan ramai yang cedera apabila pengunjung konsert terbabit berhimpit-himpit, berasak dan melulu ke arah pentas ketika persembahan penyanyi rap itu.
Kylie yang kini sedang hamil turut hadir ke konsert terbabit bersama anaknya, Stormy Webster, 3, dan kakaknya, Kendall Jenner. Mereka yang dikawal oleh pengawal keselamatan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Travis dan saya turut berdukacita atas tragedi yang berlaku. Doa saya buat mangsa dan keluarga mereka yang maut, cedera serta terkesan disebabkan apa yang telah berlaku kelmarin.
"Saya pasti Travis sangat mengambil berat akan peminatnya terutama komuniti di Houston.
"Saya mahu menjelaskan di sini bahawa kami tidak sedar kejadian yang berlaku hingga menyebabkan kematian itu sehinggalah berita disiarkan selepas persembahan dan semestinya kami tidak akan meneruskan persembahan andainya kami tahu.
"Kami tumpang bersedih atas kejadian ini terutama keluarga mangsa," katanya menerusi entri di Instagram Stories pada Ahad.
Ramai yang mengecam tindakan Travis, 30, dan penganjur acara terbabit apabila tidak menamatkan konsert terbabit apabila peminat yang hadir kelihatan bertempik memohon bantuan dan meminta agar persembahan dihentikan.
Sepotong video di The Washington Post menunjukkan konsert itu dihentikan selepas sejam apabila pengunjung konsert terbabit benar-benar dalam keadaan teruk.
Travis kelihatan memberhentikan seketika set lagunya sebanyak empat kali dan menerusi livestream di Apple Music, penyanyi rap itu meminta pengawal keselamatan membantu mangsa yang pengsan di hadapannya. Sejurus berita tersebut tular, Travis memuatnaik ciapan di Twitter menyatakan dia turut terkesan dengan apa yang berlaku dan akan membantu keluarga mangsa yang memerlukan.
Festival Astroworld merupakan acara muzik tahunan anjuran penyanyi rap Travis Scott yang telah memasuki edisi keenam tahun ini.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.