La Luna Cabar Minda Penonton Dengan Mengangkat Subjek Tabu
Izwan Isa
10/11/2023 07:25 MYT
10/11/2023 07:25 MYT
Bayangkan anda merupakan seorang penghuni sebuah kampung yang serba konvensional, dan secara tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran sebuah ‘butik’ menjual pakaian dalam wanita - apakah reaksi anda?
Topik ini yang dibincangkan menerusi filem terbaharu arahan M. Raihan Halim berjudul La Luna.
Mengupas topik tabu yang mungkin tidak kerap diangkat di layar lebar, La Luna berjaya mencuit hati penonton dengan penceritaan santai, mesej yang tidak terlalu berat dan lakonan daripada seniman-seniman berbakat besar.
Gempak sempat menonton filem yang diterajui oleh Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Hisyam Hamid dan Nadiya Nissa pada acara tayangan untuk media baru-baru ini. Dan ternyata, La Luna merupakan naskhah yang perlu ada dalam senarai filem wajib tonton anda untuk bulan ini.
Nak tahu kenapa? Jom semak!
Martabat wanita
Ya benar, inti utamanya ialah kisah seorang gadis bernama yang membuka perniagaan pakaian dalam di sebuah kampung, yang rata-ratanya terdiri daripada penduduk berusia yang telah berumah tangga. Namun, mesejnya lebih daripada itu.
Hanie (Sharifah Amani) diberi ‘mandat’ oleh penulis skrip untuk menjadi perisai bagi wanita - baik dari sisi keyakinan diri mahupun keupayaan untuk menegakkan harga diri sebagai seorang isteri. Tidak hanya itu, situasi Hanie juga dilihat sebagi jambatan kepada wanita-wanita di Kampung Bras Basah.
Bapa dan anak
Mungkin subjek utama La Luna adalah berkisarkan tentang wanita. Namun, plot dan kisah latar belakang seorang polis kampung bernama Salihin yang merupakan bapa tunggal juga merupakan daya penarik utama untuk penonton.
Di sini, penonton dididik dengan resminya seorang ayah - protective tetapi penyayang, sabar dengan tingkah anak gadis yang baru mengenal dunia. Apatah lagi jika si anak gadis sudah mula menyimpan rasa untuk bercinta. Rasa yang Salihin mungkin dapat jika hatinya dibuka terhadap wanita yang baru menetap di kampungnya.
Penunggang agama
Matlamat utama La Luna dalam memberikan pelbagai nuansa yang bertepatan dengan isu semasa patut diberi pujian. Bukan sahaja ia melibatkan isu-isu keganasan rumah tangga yang dialami wanita, malah yang terkait dengan penyalahgunaan agama bagi membenarkan apa yang salah. Dan hal ini mungkin memberikan sedikit jus dalam plot twist yang disuntik oleh sang sutradara.
Sinematografi
Latar sebuah kampung fiksyen dalam filem ini kelihatan hidup dek sinematografi yang kena dengan jalan cerita. Mata yang menatap layar lebar tenang dek mainan visual yang adunan warnanya selesa dipandang, aman untuk dihadamkan.
Sejarah
Filem La Luna malah mencipta sejarah apabila naskhah ini telah ditayangkan di pentas antarabangsa menerusi tayangan perdana dunia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo di Jepun pada 24 Oktober lalu. Pesta Filem Antarabangsa Tokyo itu menghargai dan meraikan sutradara dari serata dunia dan La Luna terpilih dalam kategori Asian Future Section di mana ia tersenarai dalam 10 filem yang dipilih untuk bersaing bagi kategori Anugerah Filem Terbaik Akan Datang Asia.
Turut dijayakan oleh Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan, filem La Luna ditayangkan Malaysia bermula 9 November dan di Singapura pada 16 November ini.