Gaya Hidup
La, Rupanya Senang Je Nak Masak Ayam Ala Budak Gemuk!
Kombinasi rasa pedas dan manis serta kegaringan ayam yang rangup di dalam mulut pastinya membangkitkan selera anda.
Kepada mereka yang teringin nak makan ayam ala Budak Gemuk tu, apa kata anda cuba memasaknya sendiri di rumah!
Senang je!
Bahan-bahan:
Ayam:
400 gram dada ayam yang diperap kunyit garam
6 biji bawang merah & 1 inci halia dikisar
Serbuk kari
3 sudu kicap manis
3 sudu sos manis
3 sudu sos tiram
1-2 biji bawang merah dipotong
1 keping asam keping
2 tangkai daun kari
1 cawan air
Garam
Sambal:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 genggam cili padi
10 biji cili merah
Belacan
2 biji limau nipis
Garam
Gula
Cara-cara ayam:
Goreng ayam sehingga garing & angkat
Gunakan minyak goreng ayam untuk menumis bawang merah & halia kisar
Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air & kacau sehingga naik minyak
Masukkan kicap manis, sos tiram & sos manis, gaul sebati
Masukkan bawang besar, garam secukup rasa & daun kari.
Masukkan kembali ayam yang telah digoreng dan kacau sehingga sebati.
Cara-cara sambal:
Goreng semua bahan (kecuali limau nipis) & toskan.
Masukkan semua bahan yang digoreng ke dalam alat pengisar, perahkan limau, perasakan dengan garam bersama gula dan kisar sampai lumat!
Senang je kan? Ha, kalau anda nak tonton cara-cara memasak dengan lebih jelas, saksikan episod Iftar Ala King musim kedua yang dihoskan oleh Naim Daniel di bawah: