"Laaa..Ingatkan Keisha Tadi" - Kongsi Gambar Zaman Budak, Netizen Dakwa Wajah Maya Karin Mirip Anak Nabila Huda

ZULHILMI JALIL
April 16, 2020 03:15 MYT

Pelakon Maya Karin berkongsi kepada umum gambar kenangan dirinya sewaktu zaman kanak-kanak yang mana ketika itu dia masih lagi dibangku sekolah.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Maya bersama rakan kelasnya ketika usianya sembilan tahun yang dirakam di Padang, Indonesia.
"Major major major throwback. Bapa saya yang berada di Bangkok mengirim gambar ini kepada saya. Ini ialah saya ketika berumur sembilan tahun bersama satu-satunya rakan kelas.
"Saya bersekolah di sebuah sekolah rendah Jerman di Padang. Selama enam tahun, saya hanya pernah ada seorang rakan kelas. Pertama Andreas Grieder, kemudian Steffen Lehmann, Ini adalah saya bersama Steffen di satu tempat di Sumatera," kongsinya.

Bagaimanapun, gambar yang dikongsikan Maya itu kemudian mendapat perhatian netizen yang menyifatkan bahawa wajahnya itu mirip anak pelakon Nabila Huda, Keisha.
"Laa..ingatkan Keisha tadi..
"@kupu_kupu Kiesha ke tu?? Hehehe.
"Mulanya, ingatkan anak Nabila Huda.
"Kamu mirip Keisha...anak Abil @kupu_kupu..sangat comel.
"Muka macam anak Nabila Huda," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Gambar yang dimuat naik Maya itu kini sudah mendapat lebih 6,000 tanda suka.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan filem lakonan Maya Karin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Nabila Huda #Maya Karin #Keisha