Hiburan

Labur Hantar Anak Ke Sepanyol, Nash Tak Peduli Tanggapan Orang Ramai

gempak
Kamaruddin Razal
22/06/2020
13:06 MYT
Sponsor Banner
Labur Hantar Anak Ke Sepanyol, Nash Tak Peduli Tanggapan Orang Ramai
"Kalau ada wang tetapi tiada bakat pun tidak akan menjadi."
Itu kata-kata Nasharudin Elias, penyanyi terkenal negara dan juga bapa kepada pemain muda kebangsaan, Aniq Asri, mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaburan membawa anaknya ke Sepanyol sebagai satu usaha sia-sia.
Memetik laporan Stadium Astro, graduan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Aniq, dilaporkan bakal ke Akademi FC Malaga City sekali gus memberikan sinar cerah buat perkembangan bola sepak negara.
Walaupun ada sesetengah pihak menganggap ia satu pelaburan kosong tetapi Nasharudin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Nash menegaskan bakat dan kebolehan dimiliki anaknya menjadi tunjang kepada pemilihan ke kelab berkenaan.
"Apabila menginginkan sesuatu, pelaburan sememangnya diperlukan tetapi ia menjadi perkara kedua. Kami bukan berniaga.
"Apa yang penting, Aniq memiliki bakat dan berminat dengan apa yang dilakukan. Kami hanya berikan galakan untuk dia berbakti kepada negara," katanya.
"Harapan saya, pemain muda dalam negara kita perlu diberikan galakan khususnya mereka yang meraih peluang."
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024