HIBURAN
Lady Gaga 'Lepak' Di Medan Selera, Sempat Order Milo Dinosaur!
Kehadiran bintang pop antarabangsa Lady Gaga secara santai dan bersahaja pada Selasa mengejutkan pengunjung Medan Selera Maxwell, Singapura.
Berpakaian serba hitam lengkap dengan bodysuit ikonik, cermin mata hitam Prada dan but platform, penyanyi lagu Bad Romance itu kelihatan menikmati pelbagai hidangan tempatan bersama rombongannya.
Lebih mencuri perhatian, Lady Gaga dilaporkan turut mencuba Milo Dinosaur selain memesan beberapa botol bir.
Walaupun kehadirannya menarik perhatian ramai, penyanyi berusia 39 tahun itu tetap tenang dan melayan peminat yang mendekatinya.
Sebelum meninggalkan medan selera, sekumpulan kecil peminat berkumpul dan bersorak untuknya.
Seorang peminat bertuah sempat mendapatkan tandatangan Lady Gaga pada rekod vinil album Mayhem miliknya sebelum beliau meninggalkan medan selera dan menuju ke kenderaannya.
Seorang lagi peminat yang berada di situ merakamkan detik tersebut dan memuat naik video di TikTok, menyatakan kegembiraannya kerana dapat melihat Lady Gaga secara langsung.
Lady Gaga berada di Singapura untuk siri konsert eksklusif Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura. Dua lagi konsert dijadualkan pada 21 dan 24 Mei.
Must-Watch Video