Hiburan
Lady Gaga Sedia Ditemu Bual Mengenai Isu Jadi Mangsa Rogol
Penyanyi Lady Gaga telah bersetuju untuk ditemu bual oleh wartawan dan TV personaliti, Piers Morgan mengenai dirinya yang pernah menjadi mangsa rogol pada zaman remaja.
Menurut laporan Daily Mail, Gaga sedia berbuat demikian selepas Piers menganggap penyanyi itu sengaja mengada-adakan cerita kononnya dia telah menjadi mangsa penderaan seksual sebagai meraih publisiti.
Gaga dalam satu status di Twitter miliknya memberitahu sedia berkongsi kisahnya dengan pengacara terkenal itu dan memintanya mengadakan wawancara tersebut.
Piers turut membalas status penyanyi itu dan berharap temubual itu nanti dapat mengubah pandangannya terhadap Gaga.
Terdahulu, Gaga mengaku pernah dirogol seorang penerbit muzik 20 tahun lebih tua daripadanya ketika berusia 19 tahun.
Bagi memulihkan semula dirinya, dia terpaksa melalui terapi fizikal dan mental dengan bantuan seorang doctor psikologi selama bertahun-tahun.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video