Buat pencinta filem di luar sana, Astro hari ini telah pun memulakan tayangan sebuah filem blokbuster yang menampilkan pelakon Hong Kong terkenal, Jackie Chan.

Filem Vanguard kini boleh ditonton terus dari rumah anda menerusi saluran Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store.

Namun, persoalannya apakah yang menarik tentang filem ini? Adakah ia berbaloi ditonton?

Kami senaraikan lima faktor mengapa anda wajib tonton Vanguard.

#1 Jackie Chan!

Siapa tidak kenal dengan aktor aksi hebat ini.

Mula terkenal menerusi Drunken Master, sekuel Police Story, Jackie Chan kemudian mula mendapat perhatian penerbit filem Hollywood.

Filem Rush Hour, The Tuxedo, Shanghai Noon, The Medallion antara karya hebat dibintangi pesohor ini.

Kini, Jackie Chan muncul lagi dengan Vanguard! Pastinya sedikit sebanyak mengubati kerinduan peminat terhadap lagenda kung-fu ini.

#2 Jalan Cerita Mudah & Santai!

Jangan bimbang kerana filem ini sangat santai dan boleh ditonton seluruh keluarga.

Pada yang tidak tahu filem ini dihasilkan khusus ketika perayaan Tahun Baru Cina lalu, namun Gempak difahamkan ia terpaksa ditangguh akibat pandemik COVID-19.

Disebabkan ia filem yang sepatutnya ditayangkan ketika perayaan, maka jalan ceritanya agak ringan dan tidak terlalu berat.

#3 Penuh Aksi Mendebarkan! Come on Jackie Chan kot!

Sebut saja Jackie Chan, pasti semua boleh terbayang bagaimana aksi yang bakal ‘dihidangkan’.

Tidak dinafikan, kekuatan utama filem ini adalah babak aksi yang mendebarkan.

Terdapat banyak babak hebat seperti tembak-menembak, kejar mengejar serta pertarungan menarik.

#4 Kesan Khas Melengkapi Filem Vanguard

Tidak lengkap rasanya jika sesebuah filem aksi itu disertai dengan penggunaaan kesan khas imej janaan komputer (CGI).

Menerusi filem ini, anda boleh lihat beberapa babak yang turut diterapkan penggunaan CGI.

Pastinya filem ini bertambah hebat dan menarik untuk ditonton!

#5 Arahan Pengarah Hebat!

Difahamkan pengarah filem ini adalah Stanley Tong, iaitu pengarah yang sama yang mengarah filem Police Story 3: Supercop .

Jika ada yang lupa filem tersebut telah difilemkan di Malaysia pada awal 90an.

Jadi pastinya anda boleh agak kualiti filem Vanguard ini macam mana kan!

Untuk makluman, Vanguard menceritakan tentang sebuah organisasi keselamatan dari China yang berpangkalan di London.

Ia ditugaskan untuk menjaga keselamatan rakyat China ketika berada di luar China.

Tang Huating lakonan Jackie Chan merupakan ketua organisasi tersebut manakala Lei Zhenyu, Mi Ya dan Zhang Kaixuan merupakan agen mereka yang paling handal.

Masalah berlaku apabila berlaku insiden culik membabitkan kes sebuah organisasi pengganas.

Mampukah Vanguard menghalang dan menyelesaikan kes tersebut anda kenalah tontonnya.

Jadi apa tunggu lagi, sewa Vanguard di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store.

Hanya sambungkan PVR Box anda ke Wi-Fi dan strim pada bila-bila masa.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem-filem blokbuster dalam keselesaan rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my.

#JomOnFilemBlokbusterDiRumah #Vanguard #OnDemand #AstroBest #AstroG