“Lagenda Yang Tak Pernah Menyerah Mengalah” - Misha Omar Puji Tokti, Anggap Penyanyi Itu Sebagai Seorang Yang...
Penyanyi Misha Omar menganggap Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi kental dalam setiap karya yang dihasilkan.
Perkara itu diluahkan menerusi satu komen di sebuah posting Instagram terbaru Siti atau lebih mesra disapa TokTi.
Menerusi posting tersebut Tokti memuat naik sepotong video yang memaparkan beberapa artis yang membuat ‘cover’ Aku Bidadari Syurgamu dan antaranya adalah Misha Omar sendiri.
Menurut Misha, Tokti telah menjadi inspiasi buat kebanyakan penyanyi.
“Jejak langkah seorang lagenda yang tak pernah menyerah kalah, kental jiwanya berkarya dalam setiap lagu.
“Menjadi inspirasi buat kami semua. Tahniah atas kejayaan manis kali ini.
“Kami tumpang bahagia & berbangga Terima kasih kerana tetap setia menghiburkan kami,” katanya.
Komen Misha itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang kebanyakan memuji sikap pelantun suara Sampai Bila itu.
Malah, rata-ratanya menyifatkan ‘cover’ Misha adalah yang terbaik berbanding lain.
Untuk rekod, lagu Aku Bidadari Syurgamu merupakan ciptaan komposer Ippo Hafiz manakala lirik oleh Siti Rosmizah.
Sejak dimuat naik di YouTube, video muzik berkenaan sudah ditonton sehingga 8 juta kali.