Peserta Suara Viral, Boy mencuri tumpuan vokalis kumpulan Xpose Band selepas berkongsi satu video yang memaparkan dirinya menjalani sesi raptai menyanyikan lagu daripada kumpulan tersebut.

Boy yang bakal menyanyikan lagu Sandiwara pada konsert minggu ketiga esok memuat naik video berkenaan menerusi satu entri yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Selaku penyanyi asal, kata Furhan, Boy menyampaikan lagu tersebut dengan cukup baik, bahkan lebih bagus daripada dirinya.

"Perghhhh..terbaikk broo..lagi baik daripada penyanyi asal. Apa-apa pun, semoga berjaya untuk persembahan nanti.

"Terima kasih sebab sudi bawakan lagu daripada Xpose," tulisnya di ruangan komen.

Sesi rehearsal suara viral mgu ketiga.. jgn lupa saksikan sy dgn lagu bertajuk sandiwara daripada @official_xpose @furhan_xpose @boysvsupporters @official_suaraviral2020 pada 1hb july ini... #suaraviral #suaraviral2020 #viralkansuaraanda #primahd105 #astroprima #teamboy #boysuaraviral #boysvsupporters #astrogempak #boyyyaaa #boybachfanclub #boybachcover #boysv #budakcrew #soundcrew #soundtech #sandiwara #xposeband

A post shared by Mohd Firdhaus Mahadzir (@boybach) on


Bagaimanapun, Boy menyifatkan dirinya masih lagi banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dalam membawakan lagu tersebut.

"Jangan macam tu bro, suara awak terlalu bagus, saya memang suka suara bro dan lagu-lagu bro.

"Saya cuba sehabis mampu saya sahaja. Maaf sebab banyak kekurangan," katanya.



Begitupun, rata-rata netizen memberikan pujian kepadanya selepas merasakan lagu tersebut memang cukup sesuai dibawakannya untuk persembahan konsert mingguan nanti.

Boy bakal beraksi bersama 8 peserta lain di konsert minggu ketiga Suara Viral esok (1 Julai 2020).

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.