Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

“Lagi Beberapa Minggu..” - Mahu Ambil Cuti 10 Bulan, Dr. Amalina Kongsi Ibu Bersalin Terima 5 Bulan Gaji Penuh

Azwa Rahman
12/09/2022 10:38 MYT
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri meluahkan hasrat untuk mengambil cuti bersalin selama 10 bulan selepas melahirkan anak sulungnya nanti.

Menerusi laman sosial Instagram, Amalina berkongsi hasratnya itu selepas menjawab soalan seorang pengikutnya menerusi fungsi ‘Q&A’.

Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu tarikh kelahiran anaknya kelak.

Malah, dia menjelaskan salah satu kelebihan pekerja di hospital tempatnya bekerja adalah boleh mengambil cuti bersalin sehingga tempoh satu tahun.

“Saya boleh ambil cuti bersalin selama satu tahun. Saya rasa saya akan ambil cuti 10 bulan supaya Alex boleh berkongsi cuti ibu bapa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amalina turut memaklumkan pekerja dibayar gaji penuh selama lima bulan pertama jika mengambil cuti bersalin.

“Gaji penuh selama lima bulan pertama di tempat kerja saya, kemudian ia akan menjadi cuti bersalin berkanun bergaji dibayar oleh pihak kerajaan.

“Setiap organisasi dan syarikat ada polisi yang berbeza, jadi ia bergantung di mana anda bekerja,” ujarnya lagi.

Sementara perkongsian tersebut turut tular di laman sosial Twitter di mana rata-rata wargamaya teruja melihat faedah bagi ibu yang baru bersalin di England.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekadar info, Amalina mengumumkan dirinya hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Alexander Charles.

Imbas kembali, Dr Amalina melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka Inggeris itu di London, tahun lalu.

Dia merupakan elajar cemerlang yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.
#Dr Amalina hamil #Dr Amalina sarat #Maternity leave
;