Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lagi Cantik Time Pakai Tudung” - Netizen Terkejut Isteri Yonnyboii Tidak Lagi Berhijab

Gempak
08/03/2022 00:50 MYT

Nama penyanyi Yonnyboii sekali lagi menjadi buah mulut wargamaya apabila isterinya, Nik Nazira Narriman tampil menghadiri majlis Anugerah Juara Lagu Ke-36 tanpa mengenai tudung.

Penampilan Nazira pada malam berkenaan menuai perhatian ramai memandangkan isterinya itu dikenali sebagai seorang wanita yang berhijab sebelum mendirikan rumah tangga bersama Yonnyboii.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa terkejut melihat penampilan terkini Nazira.

BACA: Yonnyboii Tidak Kisah Isterinya On-Off Bertudung

“Terbang dah tudung dia,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Bukan isteri dia pakai tudung ke… ke salah tengok,” soal seorang netizen pula.

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan kata-kata positif terhadap penampilan terbaharu Nazira.

“Semoga diberikan hidayah, untuk sis ni, dan semua orang termasuk aku,” tulisnya.

“Bukan nak judge tapi perempuan ni lagi cantik time pakai tudung,” tulis netizen.

Terdahulu, menerusi laporan Gempak, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berharap agar peminat tidak terkejut jika terlihat isterinya tidak mengenakan tudung.

BACA: Yonnyboii Nikahi Nik Nazira, Ramai Terkejut Tiba-Tiba Dah Selamat Bergelar Suami Isteri

Kata Yonnyboii, Nazira masih dalam proses menutup aurat dengan sempurna dan berpesan dengan isterinya supaya sentiasa bersedia dengan sebarang kritikan daripada netizen pada masa akan datang.

Nazira buat pertama kali tampil tanpa mengenakan tudung ketika menemani Yonnyboii ke Majlis Anugerah Joox 2021 baru-baru ini.

Untuk rekod, Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu, sehari selepas penyanyi Haqiem Rusli naik pelamin.

#Tudung #Isteri #Yonnyboii
;