Gaya Hidup

“Lagi Cepat Lari Lagi Cepat Boleh Tidur!" - Kata-Kata Semangat KLSCM2019 Ini Buat Ramai 'Pecah Perut'

gempak
Hanafis Haris
01/10/2019
08:48 MYT
Sponsor Banner
“Lagi Cepat Lari Lagi Cepat Boleh Tidur!" - Kata-Kata Semangat KLSCM2019 Ini Buat Ramai 'Pecah Perut'
Acara larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM2019) telah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu.
Difahamkan, seramai 30,000 peserta menyertai larian tahunan berkenaan pada tahun ini.
Selain aksi larian peserta, perkara lain yang menjadi perhatian juga ialah penularan gambar sepanduk yang dibawa oleh sebahagian penyokong.
Apa yang menariknya, kata-kata semangat yang ditulis pada sepanduk itu agak mencuit hati.
Antara yang ditulis termasuklah:
"Esok tak payah lari"
"Lepas ni boleh makan macam-macam"
"Lagi cepat lari lagi cepat boleh tidur"
"Jodoh di depan (untuk bujang sahaja)"
Melihat kepada respon orang ramai, rata-rata netizen menyambut baik usaha dilakukan penyokong berkenaan.
Kebanyakan mereka menganggap ayat yang ditulis mampu memberi semangat untuk ke garisan penamat.
Untuk rekod, KLSCM2019 membabitkan empat kategori individu iaitu 5 Kilometer (km), 10 km, 21.1 km dan 42.2 km.
Acara tahunan ini mula diadakan pada tahun 1989.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live