Benarlah kata sesetengah, orang media sosial merupakan platform terbaik untuk menghebahkan sesuatu perkara terutamanya produk perniagaan.

Terbaru, trend menanam cendawan tiram bongkah di rumah dilihat semakin digemari ramai.

Buktinya, ramai di media sosial berkongsi pengalaman mereka menanam cendawan in di dalam rumah.

Difahamkan, cendawan ini boleh dibeli secara terus menerusi plarform e-dagang dengan sekitar harga RM3.

Penjagaannya juga mudah dan hanya perlu diletakkan di kawasan kurang cahaya dan tidak panas.

Selepas 10 ke 11 hari cendawan akan tumbuh dan selepas 24 jam daripada tempoh itu ia sudah boleh dituai.

Tambah menarik, bongkah ini boleh digunakan berulang kali sehingga empat atau lima bulan.

Menerusi Twitter, orang ramai turut berkongsi tips dan penjagaan mereka menanam cendawan tiram ini.

Menjadi! Kawan I beli. Petik dekat dapur buat masak sayur settle”

“Memang jadi lagi lagi masa musim hujan. Excited time petik nak makan. Kalau beli mesti layu lah, dah kuning lah so decide beli & bela sendiri”

“Saya dah pernah beli and tuai di rumah cendawan bongkah beli dari shopee ni sis best sangat . Hari kelima dengan enam dah harvest, tapi cendawan kukur lambat sikit” kata beberapa netizen.

Dalam pada itu juga, ramai peniaga yang turut sama berkongsi produk cendawan bongkah mereka di Twitter.

Jika anda berminat anda boleh ciapan di bawah.



Sumber Gambar : Khairul Aming, Adwiyah