VIRAL
Lagi Jimat ‘Terbang’ Ke Tempat Kerja, Wanita Ini Ada Sebab Ulang Alik Pulau Pinang-KLIA
Seorang kakitangan AirAsia, Racheal Kaur, mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan rutin hariannya yang luar biasa iaitu ulang-alik dari Pulau Pinang ke KLIA lima hari seminggu untuk bekerja dengan menaiki kapal terbang.
Dalam satu perkongsian di YouTube CNA Insider, Racheal yang bertugas sebagai Penolong Pengurus Operasi Kewangan di AirAsia menceritakan bagaimana dia bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiap, sebelum memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5 pagi.
“Saya biasanya sampai lapangan terbang dalam 5.55 pagi. Jadi, sempatlah nak parkir kereta, pakai kasut dan daftar masuk penerbangan,” katanya.
Penerbangan yang berlepas sekitar jam 6.30 pagi itu mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit sebelum dia tiba di KLIA.
Sewa Mahal di KL, Ubah Cara Hidup
Sebelum ini, ibu kepada dua anak itu pernah menyewa di Kuala Lumpur, tetapi kos hidup yang tinggi antara RM1,400 hingga RM1,500 sebulan membuatkannya mencari alternatif lebih menjimatkan.
BERITA BERKAITAN: Pesawat Terhempas & Terbalik, Penumpang Selfie Kerana Selamat Dari Nahas
BERITA BERKAITAN: Rossa Bakal Bawa Artis Malaysia Ke Jakarta, Artis Indonesia Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert Here I Am - "Saya Mahu Berlaku Adil..."
BERITA BERKAITAN: Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Naik ‘Business Class’ 3 Syarikat Penerbangan Berbeza Buat Netizen Terkedu - “Baik Aku Naik Bas Sajalah”
BERITA BERKAITAN: Terbang Ke Jakarta, Netizen Sedih Hijab Aprena Manrose Dah ‘Terbang’ - “Mana Tudung Depa?”
Sebagai kakitangan AirAsia, wanita itu hanya membayar RM50 untuk setiap penerbangan, menjadikan kos perjalanan bulanannya sekitar RM1,100 sahaja.
Malah, kos makan di pejabat juga berjaya dikurangkan dari RM600 kepada RM300 sebulan.
Demi Anak, Rela Ulang-Alik Setiap Hari
Oleh disebabkan itulah, Racheal memilih untuk sanggup berulang-alik setiap hari kerana mahu lebih masa bersama anak-anaknya yang berusia 11 dan 12 tahun.
“Bila tengok anak-anak saya membesar, saya rasa saya perlu sentiasa berada di samping mereka. Dengan cara ini, saya dapat balik ke rumah dan jumpa mereka setiap hari.”
"Tambahnya lagi, keberadaan di rumah setiap malam membolehkannya membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah walaupun selalu ‘last minute’.
“Tahulah budak-budak macam mana kan, selalu last minute,” selorohnya.
Sumber: Harapan Daily
Must-Watch Video