Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lagi Kakak Tengah Mengandung Sekarang” - Ibu Zahirah Sedih Anak Dihina Tatkala Sedang Hamil

Izwan Isa
09/01/2024 03:36 MYT

Ibu kepada Zahirah MacWilson, Maslinda Yusof meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila anaknya dihina berwajah bibik oleh pelakon Fathia Latiff.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Maslinda berkata, apa yang berlaku merupakan ujian Allah dan berharap agar Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza bersabar melalui apa yang terjadi.



“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah kak @zahirahmacwilson @aimanhakimridza. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak tengah mengandung sekarang. Don't be sad ok, mama and ayah always here for you! We all love you so much,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, selain menyindir Zahirah berwajah bibik, Fathia turut membandingkan wajah Zahirah dan wajahnya ketika usia masih kecil dan menyebut perihal mantan di Instagram.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.

Untuk rekod, Aiman Hakim yang juga merupakan seorang pelakon pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Fathia.

BERITA TRENDING: Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua, Aiman Hakim -“Tak Sabar 2024, Syukur Alhamdulillah”


#Hamil #Zahirah Macwilson
;