Pelawak Ali Puteh sekali lagi meluahkan rasa geram di laman sosial miliknya semalam.

Ali mencabar netizen yang sering menghina dan memakinya untuk berdepan secara empat mata.

"Kalau nak maki atau hina saya jangan di Instagram. Sebab tak gentle.

"Mesej saya jumpa depan-depan baru gentle. Ayuh!! Jumpa..

"Saya cabar berdepan ni terima kasih," tulisnya.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Ali bersabar serta tidak melayan kata-kata kesat yang dilemparkan itu.

"Ali..Jangan layan netizen..Tutup mulut diam lebih baik. Lagi kita lawan lagi banyak syaitan rasuk.

"Adik Ali bawa banyak-banyak bersabar ye. Mungkin Allah nak duga kita, saya peminat arwah Abam dan awak.

"Benda boleh bawa bincang. Gaduh bukan cara dia. Mau duk rilek ja..Komen negatif jangan layan, benda simple.

"Sabar Ali sabar..Allah sedang menguji kamu. Lagi kamu melenting lagi syaitan tu bersorak bertepuk tangan.

"Korang ni takda kerja lain ke nak kecam orang macam hidup korang tu sempurna sangat. Saya doakan Ali dipermudahkan segala urusan dan akan sentiasa sokong Ali. Dugaan hebat untuk orang yang hebat," antara komen-komen yang ditulis.

Namun, terdapat segelintir pengikut yang memberi gelaran panas baran terhadap Ali.

Menerusi pemerhatian Gempak, akaun peribadi tersebut telah dinyahaktifkan.


Terdahulu, Ali sering berkongsi foto bersama abangnya, Allahyarham Abam Bocey di samping meluahkan rasa rindu.