Jenayah pembuangan bayi masih berterusan walaupun undang-undang berat dikenakan terhadap pesalah.
Bagaimanapun, kes tersebut seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila satu akaun di Platform X berkongsi tentang seorang bayi ditinggalkan dihadapan rumah satu individu yang tidak dikenali.
Dalam pada itu, satu nota ringkas turut disertakan bersama-sama bayi berkenaan yang memohon agar anak kecil itu dijaga oleh individu berkenaan atas alasan tidak berkemampuan.
“Assalamualaikum, Kak tolong jaga anak ini. Saya tidak mampu, tolong ye Kak,” tulis nota tersebut.
Tinjauan ke ruangan balas komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa bayi berkenaan.
“Ada pasangan berkahwin bergelut nak dapatkan anak, tapi kau sanggup tinggalkan anak yang tak bersalah kesejukan dekat luar,”
“Aku serius kasihan dekat anak-anak ni. Dah besar nanti rasa sedih sebab mak kandung tak jaga dan membesar dengan dia,”
“Kasihan budak tu membesar tanpa mak ayah sendiri.”
Sekadar info, tiada maklumat lanjut tentang lokasi di mana bayi itu dibuang.
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 200,000 tontonan di Platform X.