Hiburan
Lagi Kes Cabul! YouTuber Berusia 22 Tahun Pula Ditahan Polis
Seorang YouTuber berusia 22 tahun tampil menyerah diri kepada polis susulan aduan dibuat terhadapnya membabitkan kes cabul.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Ogos lalu.
Menurutnya, insiden itu berkemungkinan berlaku selepas penggambaran drama YouTuber itu selesai.
“Wanita berusia 24 tahun telah membuat laporan pada Jumaat lalu.
“Dia mendakwa dicabul dan kemudian suspek tampil hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Jelasnya, siasatan awal mendapati mereka berkenalan menerusi seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam drama yang diarahkan suspek.
"Selepas selesai penggambaran mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.
"Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani," katanya.
Tambah Abdul Rahim, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro