Bekas bintang Singapore Idol, Samantha Lee meninggal dunia pada Ahad selepas mengemaskini status terakhir di Facebook.

"Samantha sudah meninggal dunia. Anda dijemput untuk menyaksikan persembahannya, 23 Disember 2019," tulisnya.


Beberapa jam sebelum itu sekitar pukul 6 petang, Samantha, 28, ada memuat naik rakaman video di media sosialnya.

"Saya tahu anda semua mengambil berat tentang saya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya sampai sekarang.

"Tetapi anda takkan faham depresi saya, anda perlu melaluinya, yang mana kalau boleh saya tak nak sesiapa pun rasainya.

"Saya tak salahkan anda, tetapi saya akan salahkan anda sekiranya tulisan saya ini menjejaskan kegembiraan anda.

"Kita semua sudah buat yang terbaik tetapi tidak layak lagi berada di dunia ini lagi. Jadi, inilah ucapan selamat tinggal saya," tulisnya dalam rakaman video itu.

Samantha pernah menyertai Singapore Idol musim ketiga pada tahun 2009 dan pernah mencuri perhatian menerusi nyanyian lagu Don't Speak (No Doubt).

Punca sebenar kematiannya belum diketahui dan Samantha telah disemadikan pada Selasa.

Sumber: CNA Lifestyle