Lagi Kes Dera Haiwan, Netizen Berang Remaja Aniaya Monyet Gara-Gara Curi Makanan

Amri Hassan
Jun 18, 2019 09:35 MYT
Sepotong video berdurasi 30 saat yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki mendera dua ekor monyet tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, kedua-dua ekor monyet itu diikat tangan ke belakang sambil ditarik-tarik telinga gara-gara mencuri makanan.

Bayangkan monyet tu manusia , manusia tu beruk ? pic.twitter.com/qwyrnRHI2f

— fallinlove (@fafalinfazlin) June 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video yang dipercayai dirakamkan di Langkawi, Kedah itu mendapat bantahan dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.
Malah, difahamkan visual dua ekor monyet itu hanyalah sebahagian daripada enam ekor yang ditangkap oleh remaja terbabit.
Menurut pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan, @fafalinfazlin, salah seorang daripada kumpulan individu berkenaan merupakan kenalannya.
"Kami main main ja, kami tak bunuh pun," dedah pengguna terbabit menerusi perbualan bersama salah seorang individu terbabit.
Kesemua monyet yang ditangkap difahamkan telah dilepaskan ke habitat asal.
Bagaimanapun, video yang tersebar itu terus mendapat kecaman netizen yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya atas tindakan menganiaya haiwan.
#Viral #Viral #Dera #Monyet