Berita

Lagi Pesawat MAS Dilencongkan Susulan Isu Teknikal

gempak
Gempak
24/11/2024
15:25 MYT
Sponsor Banner
Lagi Pesawat MAS Dilencongkan Susulan Isu Teknikal
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City susulan isu teknikal semasa penerbangan.

Dilencongkan Ke Ho Chi Minh

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10.40 pagi waktu tempatan.
Demi kepentingan keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan penerbangan bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur.
"Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi," katanya.
Menurut kenyataan itu, penumpang sedang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing manakala sebahagian daripadanya disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang.
"Malaysia Airlines kesal atas kesulitan dan gangguan kepada rancangan perjalanan penumpang," menurut kenyataan itu.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024