Pelakon mualaf, Adam Corrie akui isterinya suka bertanyakan mengenai makanan tak halal yang pernah dimakan ketika sebelum memeluk Islam.

Menurut Adam selain babi serta minuman keras, dia juga turut berkongsi pengalaman makan daging katak.

“Saya pernah makan katak sedap…Lagi sedap dari ayam. Daging katak halus manis sedap
tapi bukan katak kecik ni katak besar terbaiklah…tapi tu dulu lah…

“Bidadari suka tanya, apa yang saya makan (non-halal) sebelum syahadah...,” katanya.

Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik sepotong video yang mendedahkan pengalamannya memakan haiwan tersebut.

Pelakon KL Gangster itu dia sengaja mengusik isterinya yang geli dengan katak dan akui kini Islam mengajarnya memilih makananan yang bersih dan halal.

“Apa lagi saya usik la (isteri)… Sebab dia geli dengan katak..

“Pengalaman dulu dengan sekarang. Islam ajar kita pilih makanan yang bersih dan halal.

“Ini video tahun lepas. Ini salah satu dakwah santai saya pada belum Muslim dan saudara muslim saya tentang pengalaman saya,” jelasnya.

Pelakon mualaf ini menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.

Pada 13 Julai 2007, beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Hidayah tersebut diberi di ketika usia 39 tahun.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)