Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Lagi Seram Daripada The Conjuring"- Penonton Filem Pusaka Stres Asyik Terkejut

Kamaruddin Razal
04/11/2019 04:55 MYT
Memasuki hari kelima tayangan, filem Pusaka terus mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminat filem yang sudah menonton sendiri naskhah seram berkenaan.

Terbaru, ada penonton menyifatkan bahawa filem yang mendapat sentuhan pengarah Razaisyam Rashid itu lebih seram jika ingin dibandingkan dengan filem Hollywood, The Conjuring.

"Okey, ni aku nak review pasal movie horror Melayu yang aku baru je tengok kat TGV tadi (Pusaka).

"Pertamanya, aku tak sangka pun seram sebab sebelum ni aku layan cerita seram Melayu bagi aku semua mengarut kecuali cerita Munafik.

"Tapi andaian aku salah apabila permulaaan cerita Pusaka tu pun aku dan semua orang dalam panggung tu teriak.

"Setiap jalan cerita dia memang ada isi. Nasiblah dua jam je cerita tu, kalau tiga jam... nak aku mati sesak nafas dalam tu asyik teriak, terkejut.

“Lagi seram daripada The Conjuring sampai aku stres sebab aku belum bernafas lega dah terkejut lagi," tulis pengguna akaun Instagram @ellaxueaila.m di Insta Story miliknya.



Pada masa sama, dia turut memuji lakonan berkesan yang dibawakan oleh pelakon Sweet Qismina.

"Tahniahlah @sweetqismina berjaya jadi hantu paling menakutkan kat Malaysia.

"Terima kasih @hazirahhalim syorkan movie ini, jadi, tak membazirlah duit aku belanja dua orang tadi tengok cerita ni," tulisnya.

Dalam karya itu, Sweet membawakan watak kembar sebagai Balqis dan Qistina.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Selain Sweet, filem itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan dan Yuna Rahim.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka yang sudah berada di pawagam sejak 31 Oktober.