Kalau suatu ketika dulu, nama Shamsul Ghau Ghau sentiasa menjadi pilihan produser atau rancangan hiburan untuk menjadi pengacara, namun kini namanya mungkin sedikit senyap di dalam industri.

Pemilik asal yang bernama Shamsul Azahar Aliddin ini bukan hanya setakat berlawak, tetapi dia juga terkenal sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara.

Terbaru di Instagram miliknya, Shamsul berkongsi tentang pengikutnya yang kini hampir mencecah 200 ribu pengikut.

"Lagi Sorang Lagi cukup Dua Ratus Ribu Follower Pak Su. Terima kasih. Siapa Kata 'Artis Tua' tak ada follower?" tanya Shamsul.

Lagi Sorang Lagi cukup Dua Ratus Ribu Follower Pak Su @paksu_shamsul_ghaughau Terima kasih.. Siapa Kata “Artis Tua” tak ada follower?? Stesyen TV dan Stesyen LRT sila tengok sikit.. Panggil laaaa utk Shuting Ke.. mengacarakan Program Baru Ke.. Kami pun Nak cari makan jugak...

A post shared by Shamsul Ghau Ghau (@paksu_shamsul_ghaughau) on


Desas desus yang mengatakan ada segelintir pihak di stesen televisyen yang melihat kepada jumlah pengikut di sosial media mungkin membuatkan Shamsul memuat naik entri sedemikian di Instagramnya.

"Stesyen TV dan Stesyen LRT sila tengok sikit. Panggil laaaa untuk shuting ke, mengacarakan Program Baru Ke. Kami pun Nak cari makan jugak," tambah Syamsul lagi.

Shamsul yang kini banyak melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan pernah menjadi pengacara Pencetus Ummah musim ketiga di Astro Oasis.

Kredit Gambar: Instagram