Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lagi Tua Lagi Menjadi’ - ‘Nenek Vogue’ Didie Alias Dilantik Produk Kecantikan, Betul Ke Dibayar RM1.5 Juta?

Hanafis Haris
24/03/2022 08:13 MYT

Menjangkau usia lewat 40-an, siapa sangka pelakon, pengacara dan penghibur serba boleh Didie Alias semakin laris hingga dilantik menjadi duta produk.

Biarpun ada yang menggelarkannya ‘nenek Vogue’, namun bagi Didie dia bersyukur apabila masih ada yang memilihnya sebagai duta kecantikan.

“Ini merupakan tawaran yang menggembirakan buat saya. Siapa sangka, dalam usia saya 49 tahun ini, masih ada jenama penjagaan wajah yang sudi memilih mami (Didie) sebagai duta mereka.

“Jadi, kegembiraan itu mami ingin kongsikan bersama peminat saya di luar sana tak kira wanita mahupun lelaki untuk sama-sama memiliki kulit wajah yang cantik dengan menggunakan produk keluaran AISEL.

”Bagi mami mudah saja, kecantikan itu adalah kunci utama buat wanita dalam segenap usia,” katanya.

Jelas Didie, dia sebenarnya mempunyai masalah kulit agak sensitif dan disebabkan itu dia perlu mencuba sesuatu produk terlebih dahulu.

“Saya ni sangat details, muka mami pun sensitive, kalau salah apakai jadi muka siapa pula tukar wajah.

“Mami cuba dulu almost tiga bulan, muka makin bersih,” katanya.

Ditanya mengenai ‘gurauan’ yang kononnya dia dibayar sebanyak RM1.5 juta sebagai duta produk tersebut, Didie hanya tertawa kecil.

Pun begitu, tanpa mengiya atau menidakkan jumlah berkenaan, Didie menjelaskan harganya berpatutan dan mendapat persetujuan bersama.

“RM1.5 Juta? Mampus aku.

“Maknanya harga kita berpatutan, kita baru tempoh dua tiga bulan kenal, dia pun nak tengok performance kita. Bagi mami saya buat sehabis baik.

“if nak sambung kontrak terpulang pada Madam Aisel. Apa yang dibincang sama, kami berdua bersetuju,” katanya.

Sementara itu, menurut pengasas AISEL, Madam Aisel, pemilihan Didie Alias adalah simbol ‘lagi tua, lagi menjadi’ yang sememangnya sesuai dengan penyampaian mesej AISEL itu sendiri iaitu ‘age is just a number’.

“Perlantikkan Didie Alias sebagai duta AISEL ialah dalam menyampaikan kesedaran kepada orang ramai, bukan sahaja tentang produk tetapi yang paling utama ialah tentang idealogi kami untuk menggalakkan orang bersifat berani, berketerampilan dan yakin terhadap diri sendiri dalam apa jua keadaan dan cabaran.

“Saya berharap, produk keluaran Aisel boleh membantu semua kekal cantik dan aktif walaupun sedang meningkat usia,” katanya.

Madam Aisel dan Didie Alias berkata demikian ketika majlis pelancaran produl AISEL di Cornerstone IPC Glass House, semalam.

Untuk rekod, nama AISEL diambil daripada perkataan dalam Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air.

Produk keluaran AISEL diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau seperti teh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter.



#Didie Alias #Nenek cantik #Aisel #MadamAisel #Mami
;