Lagu 'Aku Terluka' Kesinambungan 'Peluang Kedua', Ada Sebab Nabila Razali Pilih MK K-Clique Lagi! - "Saya Sengaja ..."
Amri Hassan
04/12/2022 06:45 MYT
04/12/2022 06:45 MYT
Selepas kejayaan lagu Peluang Kedua dan Putus, Nabila Razali kini sekali lagi muncul dengan single berentak balada pada tahun 2022. Aku Terluka ini merupakan hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF.
"Selepas Putus yang dilancarkan pada hari lahir saya tahun lepas, saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua.
"Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu Aku Terluka ini. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini," katanya.
Lebih menarik, muzik video Aku Terluka sekali lagi menampilkan pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini juga pernah berkolaborasi dalam muzik video lagu Peluang Kedua.
Menurut Nabila, pemilihan MK adalah bagi meneruskan jalan cerita untuk lagu Peluang Kedua.
"Saya sengaja memilih MK sekali lagi untuk membintangi muzik video lagu baharu ini kerana sambutan luar biasa peminat terhadap lagu dan muzik video Peluang Kedua. Muzik video Aku Terluka akan menjawab pertanyaan ramai tentang pengakhiran mereka dalam lagu Peluang Kedua itu," ujarnya.
Aku Terluka mengisahkan tentang sebuah percintaan yang tidak kesampaian kerana pemergian sang kekasih buat selamanya. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain redha dan teruskan hidup bersama memori percintaan mereka.
Aku Terluka merupakan lagu ketiga terbitan Nabila Razali Entertainment yang juga single ketujuh buat dirinya dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Single Aku Terluka boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 7 Disember ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!