Hiburan
Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Beri Impak Besar, De Fam Tak Terfikir Tukar Lirik - “Kita Tak Ada La Nak Menambah Baik…”
Kumpulan De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana memberitahu mereka tidak pernah terfikir untuk menukar lirik lagu Alamak Raya Lagi biarpun karya itu mendapat impak yang besar.
Tak boleh diubah
Menurut Sophia mewakili De Fam, lagu tersebut hanya satu-satunya karya yang tidak boleh diubah kerana bimbang ia tidak memberi impak yang sama seperti asal.
“Untuk tukar lirik itu, kami tak pernah terfikirlah. Tapi untuk bekerja dengan brand yang nak tukar lirik tu ada. Kita tak ada la nak improvise (menambah baik) apa-apa lagi untuk lagu itu.
“Lagu Alamak Raya Lagi itu ‘one of the kind’. Kalau kita asyik tekan-tekan, tak semestinya benda itu jadi seperti mana lagu itu menjadi. Itu pendapat kami la. Sebab faham, impak lagu itu sangat besar,” kata Sophia.
ARTIKEL BERKAITAN: Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”
ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan Masalah Kesihatan, De Fam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show
ARTIKEL BERKAITAN: Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
De Fam ditemui ketika sidang media pengumuman konsert After Race Fest yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada Selasa.
Harap jadi evergreen
Dalam pada itu, Azira dan Cik Manggis turut berharap lagu tersebut akan menjadi ‘evergreen’ seperti karya penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk M Nasir.
“Kita kena jadikan ia eksklusif bila waktu raya orang akan ingat. Kami harap lagu itu akan menjadi lagu ‘evergreen’ macam lagu-lagu raya dulu.
“Harap orang akan enjoy, setiap kali raya nak dengar lagu Alamak Raya Lagi. Generasi yang kecil sekarang akan membesar dengan lagu kami macam kita membesar dengan lagu Datuk Siti, Datuk M Nasir,” ujarnya.
Must-Watch Video