Hiburan
Lagu Bertaraf Grammy? Yuna & G-Eazy Cipta Magis Menerusi Kolaborasi Terbaru 'Blank Marquee'
Selepas bekerjasama menerusi lagu 'Light and Camera', penyanyi Yuna sekali lagi berkolaborasi bersama bintang rap Amerika Syarikat (AS) G-Eazy menerusi single terbaru berjudul Blank Marquee.
Muzik video Blank Marquee telah pun dimuat naik tepat pada jam 12 tengah malam tadi di saluran YouTube rasmi Yuna.
Seperti lagu Forevermore, muzik video Blank Marquee diarahkan oleh suaminya sendiri, Adam Sinclair dan turut menyaksikan Malaysia sebagai lokasi utama penggambaran.
Berbezanya kali ini, muzik video Blank Marquee dilihat lebih menonjolkan imej bandaraya Kuala Lumpur termasuk di sekitar Bukit Bintang dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selain Yuna dan G-Eazy, turut kelihatan dalam muzik video ini ialah pelakon berbakat Amerul Affendi.
Menjengah di ruang komen di YouTube, rata-rata warganet berbangga dengan kolaborasi bertaraf antarabangsa ini.
Malah ramai diantara mereka merasakan lagu Blank Marquee ini layak untuk menerima anugerah berprestij Grammy.
Ini antara komen mereka:
Terdahulu, Yuna yang berpangkalan di AS menempa nama di peringkat dunia apabila lagunya dengan Usher berjudul Crush menjadi siulan ramai.
Selepas itu, penyanyi kelahiran Subang Jaya ini turut mendapat perhatian selepas bekerjasama dengan kumpulan terkenal dari Korea Selatan, Epik High.
Must-Watch Video