Hiburan
“Lagu Dari Tahun 2017, Mana Datang Kata Drama Band Sengaja Buat Lagu Aibkan Orang…” Leez Rosli
Isteri vokalis Drama Band, Aepul, Leez Rosli mendedahkan lagu single kumpulan itu telah dibuat sejak tahun 2017 dan tidak ada kaitan dengan mana-mana individu.
Leez menerusi posting akaun Instagramnya menjelaskan setiap rangkap yang ditulis itu tidak ditujukan kepada sesiapa.
“Yang kata suami akak gigih laju-laju buat lagu semata-mata nak kecam individu-individu/ karakter dalam mv drama band, ni ha, lagu ni dari tahun 2017 lagi.
“7 May 2017, pukul 4.10 pagi you all. Mana datang kata drama band sengaja buat lagu untuk aibkan orang. Tapi tak apalah hak masing-masing, at least akak dah clearkan satu part ni.
“Yang mendoakan baik-baik, alhamdulillah terima kasih. Yang mendoakan dan mengeji juga terima kasih. Semoga yang baik-baik datang pada kalian *video will be delete*,” tulisnya.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Leez itu telah pun dipadamkan.
Dalam pada itu, menerusi posting terbaru Leez telah meluahkan isi hatinya terhadap komen-komen yang kasar yang diberikan netizen.
“Berlumba-lumba nak betulkan kesilapan dan dosa manusia lain… Kifarah itu, kifarah ini sampai terlupa kifarah untuk yang sedang rancak menulis itu wujud juga (REFLECT).
“Yang salah memang tetap salah tapi seronok ke mengadu domba dan jadi batu api? Konon nak prihatin dengan memberi nasihat tapi dalam tak sengaja terlibat jadi batu api pula.
“Seronok yer bergaduh dalam komen-komen Instagram sampai terlupa tutur bahasa masing-masing? Kalau mcm tu, anda juga menempah tiket bersama di ‘sana’ nanti.
“Membuka aib itu adalah membuka rahsia yang tersembunyi (jika hakak silap, maafkan hakak) jadi,rahsia apa sebenarnya yang dibongkarkan oleh mereka-mereka yang anda katakan bersalah?
“Sama juga dengan abg Bang Bang tu, konon kupas issue tapi tak tanya pun mana-mana pihak dulu. Scroll la balik video-video awak, kritik sana, kritik sini seronok jadi hero segala bawang.
“To those yang penasaran DM2 suruh akak bukak balik ruangan komen di ig hakak, please duduk diam-diam.
“Muhasabah diri sama-sama… Yang dah DM memberi nasihat, hakak terima dengan hati yang terbuka… Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah” (HR Bukhari dan Muslim),” coretnya.
Terdahulu, musik video Drama Band berjudul Drama menjadi kontroversi apabila babak wanita yang menang pertandingan, berparti di kelab malam dan memulangkan tiara kemenangan didakwa menyamai kisah hangat Haneesya Hani.
Manakala paparan seorang lelaki berkaca mata hitam yang sedang mencari cara memalsukan kemurungan di Google pula dikaitkan dengan Haqiem Rusli.
Malah netizen juga menuduh Drama Band sengaja mencipta lagu tersebut dan menggunakan isu berkenaan bagi meraih populariti.
Foto: Intagram @leezrosli_officialmy