Hiburan
Lagu Elizabeth Tan & Nana Sheme Antara 10 Lagu Paling Popular Red Box
Lagu Knock Knock nyanyian Elizabeth Tan dan Hantu atau Buaya dendangan Nana Sheme dinobatkan antara 10 lagu paling popular di kalangan pengunjung pusat karaoke terkemuka Red Box sepanjang tahun 2015.
Selain dua lagu tersebut, lapan lagu Melayu popular yang turut dinobatkan sebagai lagu popular ialah lagu Hanya Namamu (Caliph Buskers), Terima Kasih Cinta (Tasha Manshahar), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Biarkanlah (Drama Band), Sakitnya Tuh Di Sini (Cita Citata), Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Mewangi (Akim & The Majistret) dan Relakan Jiwa (Hazama).
Senarai lagu tersebut diumumkan di Malam Bersama Media Red Box yang berlangsung di Red Box Plus, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, 10 buah lagu Inggeris paling popular pilihan pengunjung Red Box turut diumumkan. Lagu-lagu tersebut ialah Flashlight (Jessy J), Marvin Gaye (Charlie Puth ft. Meghan Trainor), Hello (Adele), Love Me Like You Do (Ellie Goulding), See You Again (Wiz Khalifa ft. Charlie Puth), Drag Me Down (One Direction), Photograph (Ed Sheeran), Sugar (Maroon 5), Like I'm Gonna Lose You (Meghan Trainor ft. John Legend) dan Uptown Funk (Mark Ronson ft. Bruno Mars).
Di majlis yang sama, pihak Red Box turut melancarkan kempen amal yang dikenali sebagai Help For Kids. Kempen tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada tabung kebajikan Faithmen Movement dalam membela nasib kanak-kanak terbiar di seluruh Malaysia tanpa mengira status agama dan bangsa.
Untuk lebih informasi mengenai kempen Help For Kids, layari laman web http://www.redbox.com.my/promotion/help-for-kids/ untuk maklumat selanjutnya.