Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Lagu Ini Hit Us Differently Now" - Kesetiaan Trending, Netizen Kenang Semula Video Sweet Shuib & Siti Sarah

Amri Hassan
09/08/2021 14:47 MYT
Kesetiaan tidak hanya menjadi sebuah lagu siulan ramai, ia kini satu karya yang melatari perjalanan hidup ramai sepertimana pulangnya penyanyi itu ke negara abadi pada pagi Isnin.

Maka tidak hairanlah, ramai yang menciap lagu ciptaan komposer terkenal Ajai itu hingga menjadi antara topik sohor kini di Twitter.



Antara yang ditulis netizen terutama peminat setia Siti Sarah, lirik dan melodi lagu itu kini menjadi lebih bermakna dan sayu.

"Kesetiaan is one of my favourite from Siti Sarah. Now the feel in the song must be different," ciap @imranlawehh.

"After this, Kesetiaan by Siti Sarah really hits differently," tambah @xKazumz.

"Kesetiaan akan menjadi lagu paling sedih dari arwah Siti Sarah," tulis @mimtakokey.

"Sarah's song will hit differently now; Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu... can't believe this is real, she's gone too soon," tambah @illusonina.

Kesetiaan, sebuah naskhah yang pernah balada yang mencuri tumpuan ramai sekitar tahun 2002. Lagu terbabit juga pernah lolos ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun 2003.

Selain Kesetiaan, beberapa lagu 'berhantu' arwah Siti Sarah termasuk Saat Hilang Cintamu, Semakin dan lagu terakhirnya bersama Hazama, Terakhir Buat Teman juga menjadi lagu yang dikenang netizen di media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain lagu Kesetiaan, nama Siti Sarah dan Shuib juga menjadi topik sohor kini di platform media sosial itu. Hingga ada yang turut berkongsi semula beberapa video pasangan itu sebelum ini.

"Waktu aku tengok video ni sebelum ni aku tergelak, sekarang aku tengok, aku nangis. Ramai sayang kau Sarah," ciap seorang pengguna.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Video Sarah berkongsi tips rumah tangga sambil menjerkah suaminya itu pernah tular sebelum ini hingga mencuit hati ramai dengan reaksi spontan Shuib.

Selain itu, lagu Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Sarah dan Shuib turut tular di media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Allahyarhamah Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
#Viral #Trending #Siti Sarah #Netizen #Ajai #peminat #Shuib #Twitter #Lagu #Tular #Kesetiaan