"Lagu Ini Lambang Rindu..." - Yuka Karishma Dedikasi Lagu Buat Ibu Di Indonesia
Asraf Aided
15/09/2021 06:40 MYT
15/09/2021 06:40 MYT
Penyanyi berbakat dari Indonesia, Yuka Karishma tampil dengan single terbaru berjudul Melihatmu Bahagia.
Kata Yuka, single yang ditulisnya sendiri itu merupakan satu lambang kerinduan terhadap ibunya di Indonesia yang sudah lama tidak berjumpa.
"Inspirasi saya dalam menghasilkan lagu ini adalah daripada ibu dan anak saya sendiri.
"Ceritanya mengenai pengorbanan seorang ibu terhadap kebahagiaan anaknya, lagu ini juga boleh dikaitkan dengan orang yang kita sayang.
"Kebiasaannya, kita sanggup buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang.
"Melihatmu Bahagia juga satu lambang kerinduan terhadap ibu saya di Indonesia yang sudah lama tidak berjumpa kerana pandemik COVID-19," katanya kepada Gempak.
Yuka berkata demikian dalam sidang media secara virtual anjuran Rocketfuel Entertainment sempena mempromosikan single Melihatmu Bahagia pada Selasa.
Bercakap mengenai strategi mengukuhkan lagi namanya, Yuka berhasrat untuk berkolaborasi dengan artis Indonesia pada masa akan datang.
"Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan, saya sudah mengusulkan perkara ini.
"Ada beberapa nama yang sudah saya berikan, jadi saya harap akan ada peluang untuk berkolaborasi dengan artis Indonesia tidak lama lagi, Insya-Allah," katanya lagi.
Melihatmu Bahagia digubah oleh pemuzik dan komposer Ahmad Jeffny yang merupakan suami Yuka sendiri.
Lagu ini boleh dinikmati di platform digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Video lirik rasminya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Rocketfuel Network.