Lagu Lathi Capai 100 Juta Strim, Poster Weird Genius Terpampang Di New York!
Asraf Aided
13/07/2020 07:01 MYT
13/07/2020 07:01 MYT
Kumpulan muzik Indonesia yang sedang meningkat naik, Weird Genius berkongsi kegembiraan apabila wajah mereka dipaparkan di bangunan Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Kumpulan ini turut memaklumkan, lagu Lathi nyanyian mereka telah mencapai 100 juta putaran menerusi platform penstriman digital.
Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram rasmi mereka semalam.
"Putaran lagu Lathi telah mencapai 100 juta secara online! Kami berharap agar berpeluang untuk mengadakan persembahan di New York suatu hari nanti.
"Tetapi buat masa sekarang, cukuplah setakat ini, Weird Genius di Times Square," tulisnya.
Bukan sekadar itu, kumpulan ini turut memberi bayangan tentang satu lagi berita gembira yang akan diberitahu tidak lama lagi.
"Lebih berita akan menyusul minggu hadapan," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat tumpang gembira dan mengucapkan tahniah.
Malah, ada juga yang menyokong kumpulan ini untuk terus mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, lagu Lathi telah terpalit dengan kontroversi di Malaysia kerana didakwa haram dan mempunyai unsur-unsur pemujaan.
BACA : “Hukum Melakukan Lathi Challenge Haram & Berdosa” – Mufti Wilayah Persekutuan
Ekoran perkara itu, anggota kumpulan ini tampil memberikan komen tanpa mengiyakan dakwaan tersebut.
BACA : Lathi Challenge Didakwa Tonjol Unsur Mistik & Pemujaan, Ini Komen 'Tuan' Punya Lagu